
Korang tengoklah gelagat kanak-kanak riang ni. Semuanya dah tak sabar nak mulakan explorace…..macam-macam aksi dorang,kan?

Korang tengoklah gelagat kanak-kanak riang ni. Semuanya dah tak sabar nak mulakan explorace…..macam-macam aksi dorang,kan?
A photographer not only a person who brings camera and takes pictures. To be a photographer, it needs a lot of emotion and feeling because they need try to put their feeling in that situation. So, it is not an easy job. Sometimes they will face dangerous business and force to spend much time to stay in jungle and so on. But, the important is they must take care by themselves. Because of that, they require to special training, for example if they want to take picture underwater world, they must have knowledge about anything related to the underwater world and have diving skill. Read the rest of this entry »
Cabaran era komunikasi abad ke-21 terhadap sistem pendidikan negara begitu terasa. Ledakan teknologi maklumat dan kemajuan teknologi global serta kewujudan arus perdana Koridor Raya Multimedia (MSC) dalam sistem pentadbiran negara, menuntut konsep pendidikan mencorak ke arah yang bercirikan teknologi secara saintifik.
Profesion perguruan juga merupakan badan yang dipertanggungjawabkan oleh kerajaan untuk menghasilkan rakyat masa depan yang serba canggih sebagai jentera penggerak negara. Tanggungjawab profesion perguruan menjadi semakin berat kerana rakyat masa hadapan yang hendak dihasilkan itu bukan sahaja perlu diterapkan dengan pelbagai ilmu pengetahuan semata-mata, tetapi perlu juga diseimbangkan dengan nilai sosial yang baik dari segi moral dan etika yang murni. Malangnya ketika kita bersungguh-sungguh menyahut cabaran masa kini untuk merealisasikan aspirasi negara, timbul pula pelbagai masalah dikalangan guru-guru.
Berita guru memukul pelajar, mendera, mencabul dan merogol anak didik sendiri sering berlaku dan menjadi topik media. Tidak kurang juga apabila ia menjadi bualan hangat dikalangan masyarakat. Kejadian guru-guru memukul pelajar sering dipilih untuk dijadikan tajuk utama bagi media massa. Dahulu, para pendidik mempunyai status yang tinggi dalam hierarki hidup masyarakat tetapi sekarang tidak lagi. Adakah ini berpunca dari sikap dan kelalaian guru itu sendiri?
Kes-kes Keganasan Yang Dilakukan Guru
Seterusnya kita ingin melihat bagaimana keganasan yang dilakukan guru terhadap pelajar. Pada 15 Disember 2005, seorang guru tuisyen, Patricia Barbara Shanta, 54 tahun telah ditahan kerana mendera pelajar dan menyebabkan kecederaan fizikal ke atas pelajar tahun tiga. Sementara itu, seorang guru didakwa kerana telah menendang pinggang seorang pelajar tahun enam sebanyak dua kali. Kejadian ini berlaku pada 2 April 2007 di salah sebuah sekolah di Sik, Kedah. Antara beberapa lagi kejadian yang menunjukkan keganasan dilakukan oleh guru adalah apabila muka seorang pelajar berusia dua belas tahun senget akibat ditampar seorang guru pada 11 Jun lalu. Pelajar itu ditampar gara-gara ingin mengambil buku di dalam beg sebelum lewat menghadiri penghimpunan.
Di Sarawak, 18 Julai lalu, seorang guru wanita dikatakan ingin mendisiplinkan para pelajarnya yang membuang tuala wanita ke dalam mangkuk tandas dengan merendam mereka beramai-ramai di dalam kolam. Guru tersebut yang juga merupakan seorang warden asrama Sekolah Menengah Kebangsaan Bawang Assan telah mengambil keputusan untuk mendenda pelajar sedemikian akibat tidak tahan lagi dengan sikap pelajar-pelajarnya yang tidak menjaga kebersihan tandas asrama mereka.
Sementara di Alor Setar pula, seorang guru perempuan didakwa memukul seorang murid tahun tiga di sebuah sekolah rendah dengan menggunakan pembersih habuk plastik bertangkai besi kerana murid tersebut tidak membersihkan kelas pada waktu rehat seperti yang ditetapkan dalam jadual tugasan harian.
Seorang guru besar di Sekolah Kebangsaan Gayang, Tuaran, Sabah pula digantung kerja selama dua bulan kerana telah didakwa menampar 22 pelajar tahun empat dari sekolah berkenaan yang tidak menyiapkan kerja sekolah mereka pada 19 Julai lalu.
Belum pun reda kes 200 pelajar perempuan direndam dalam kolam ikan di Sibu, tujuh pelajar lelaki dari Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Long Lama di Baram, Miri pula mendakwa dirotan guru sebanyak 10 hingga 20 kali kerana mengotorkan kawasan asrama. Di Alor Gajah, Melaka, gara-gara didakwa ponteng kelas, empat pelajar perempuan sebuah sekolah menengah dirotan belakang betis sehingga lebam dan bengkak, selain seorang daripada mereka dituduh mengandungkan anak luar nikah.
Sementara itu di Johor pula, beberapa nota ditulis seorang murid tahun dua untuk mencurahkan perasaannya selepas dipukul guru Bahasa Melayu sebagai bukti ‘penderaan’ terhadapnya di sebuah sekolah rendah di Batu Pahat. Bukti itu semakin jelas apabila mata kiri murid itu, mengalami pendarahan beku akibat dipukul guru terbabit.
Kesalahan tingkah laku guru ini bukan sahaja berlaku di negara kita, malah turut berlaku di negara lain juga. Misalnya seperti yang berlaku di Shanghai, menurut laporan dari akhbar Xinming Evening News, seorang penolong guru besar sekolah tinggi wilayah Hubei didapati bersalah kerana memasukkan racun tikus ke dalam makanan sekolah. Beliau berbuat demikian untuk mendatangkan masalah kepada guru besar sekolah berkenaan supaya dia berpeluang naik pangkat.
Berdasarkan kes-kes tersebut, kita dapat melihat betapa banyaknya kes-kes yang melibatkan guru. Bukan sahaja salah laku terhadap pelajar, guru juga telah dilaporkan bertindak ganas terhadap polis dengan menggunakan gergaji. Apakah yang menyebabkan ramai guru-guru bertindak ganas? Wajarkah seorang guru yang dianggap sebagai satu jawatan yang profesional bersikap sedemikian terhadap pelajar dan masyarakat? Read the rest of this entry »
NILAI – Pasukan debat Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) berjaya menyandang gelaran Naib Johan Debat Kefahaman Islam anjuran Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) yang berlangsung di Dewan Besar IKIM, 8 Januari lalu.
Pertandingan debat ini menemukan dua pasukan debat dari Universiti Malaya (UM) dan Universiti Sains Islam Malaysia. Pasukan debat USIM yang merupakan pihak pencadang bagi tajuk perdebatan “Malaysia Memerlukan Mufti Negara” telah mendapat 74.43 markah, kurang hanya beberapa mata daripada lawannya yang mendapat 74.86 markah. Read the rest of this entry »
NILAI– Kekurangan dan kelewatan bas mengambil pelajar-pelajar USIM di kolej-kolej kediaman didakwa menjadi punca kelewatan mereka menghadiri kuliah.
Menurut Norazizan Ahmad 23, salah seorang pelajar FPBU, bas yang tidak mencukupi menjadi penyebab kelewatan pelajar-pelajar ke kuliah. Tambahnya lagi, bas yang dinaiki terlalu sesak sehingga pelajar terpaksa berdiri di pintu bas. Read the rest of this entry »