Archive for April, 2008
Keracunan Makanan Di Sekolah
Baru-baru ini isu keracunan makanan di sekolah seringkali diutarakan oleh pihak media. Kes terbaru sebuah sekolah di Pulau Pinang dan diikuti oleh Selangor di mana 36 orang pelajar dikejarkan ke hospital gara-gara keracunan makanan di sekolah. Menurut pelajar-pelajar terbabit, mereka mula berasa sakit perut dan muntah-muntah selepas makan di kantin pada waktu rehat. Tambah mereka lagi, sambal nasi lemak yang dimakan cair dan berasa masam.
Guru sekolah terbabit juga melaporkan bahawa kes keracunan kali ini merupakan kali kedua selepas ia berlaku ogos tahun lepas. Beliau juga memberitahu bahawa tender kantin tersebut merupakan tender yang sama dengan tahun lepas.
Apa yang menjadi kemusykilan, mengapa pihak sekolah tidak mengambil tindakan setelah apa yang berlaku pada tahun lepas sehingga perlu menunggu kejadian yang sama berulang lagi. Mengapa pengendali makanan terlalu cuai? Walaupun mereka mementingkan keuntungan, tetapi mereka juga mestilah memikirkan keadaan pembeli yang membeli makanan daripada mereka.
Jualan Tanpa Cashier

Sewaktu saya berjalan di sekitar kampus dan kolej kediaman saya dapati di tangga-tangga bangunannya dipenuhi dengan pelbagai jenis jualan. Ada yang menjual air, kerepek, mee segera, jajan dan sebagainya. Tidak kurang juga disediakan mesin jual air secara elektronik untuk kemudahan pelajar-pelajar.
Tapi yang menjadi tanda tanya pada saya adalah “Adakah urusniaga ini sah dan mengikut landasan yang ditetapkan oleh Syarak?” Mungkin ada yang mengatakan bahawa jual beli ini sah, kerana di sini terdapat kerelaan antara penjual dan pembeli, maka di sini mungkin telah termaktubnya akad jual beli tersebut. Tapi hingga kini saya sendiri masih tidak pasti dengan hukum sebenarnya. Read the rest of this entry »
One Day with a Journalist
Journalist is someone whose main occupation is conducting or cooperating to draft and compose the editorial content of a newspaper, magazines or radio or television programs. But, according to Media Entertainment and Art Alliance (MEAA), “journalist describes society itself. They seek for truth. They convey information, ideas and opinion, a privileged role. They search, disclose, record, question, entertain, suggest and remember. They inform citizens and animate democracy. They give a practical form to freedom of expression. Many journalist works for private enterprise, but all these have public responsibilities. MEAA members engaged in journalism commit themselves to honesty, fairness, independence and respect for the rights of others.”


