
Sewaktu saya berjalan di sekitar kampus dan kolej kediaman saya dapati di tangga-tangga bangunannya dipenuhi dengan pelbagai jenis jualan. Ada yang menjual air, kerepek, mee segera, jajan dan sebagainya. Tidak kurang juga disediakan mesin jual air secara elektronik untuk kemudahan pelajar-pelajar.
Tapi yang menjadi tanda tanya pada saya adalah “Adakah urusniaga ini sah dan mengikut landasan yang ditetapkan oleh Syarak?” Mungkin ada yang mengatakan bahawa jual beli ini sah, kerana di sini terdapat kerelaan antara penjual dan pembeli, maka di sini mungkin telah termaktubnya akad jual beli tersebut. Tapi hingga kini saya sendiri masih tidak pasti dengan hukum sebenarnya. Read the rest of this entry »