Archive for April 17, 2008

Keracunan Makanan Di Sekolah

Baru-baru ini isu keracunan makanan di sekolah seringkali diutarakan oleh pihak media. Kes terbaru sebuah sekolah di Pulau Pinang dan diikuti oleh Selangor di mana 36 orang pelajar dikejarkan ke hospital gara-gara keracunan makanan di sekolah. Menurut pelajar-pelajar terbabit, mereka mula berasa sakit perut dan muntah-muntah selepas makan di kantin pada waktu rehat. Tambah mereka lagi, sambal nasi lemak yang dimakan cair dan berasa masam.

Guru sekolah terbabit juga melaporkan bahawa kes keracunan kali ini merupakan kali kedua selepas ia berlaku ogos tahun lepas. Beliau juga memberitahu bahawa tender kantin tersebut merupakan tender yang sama dengan tahun lepas.

Apa yang menjadi kemusykilan, mengapa pihak sekolah tidak mengambil tindakan setelah apa yang berlaku pada tahun lepas sehingga perlu menunggu kejadian yang sama berulang lagi. Mengapa pengendali makanan terlalu cuai? Walaupun mereka mementingkan keuntungan, tetapi mereka juga mestilah memikirkan keadaan pembeli yang membeli makanan daripada mereka.

Comments (4)

Berusahalah jadi anak soleh

Comments (2)

Style Pembaca Berita

Leave a Comment