Archive for Uncategorized

AMALAN AYAT-AYAT AL-QURAN

·       Untuk mengelak suami/isteri dan anak-anak bergaduh : Surah Al Baqarah – Ayat 102

·       Anak-anak pandai belajar : Surah Al Anbiyaa’- Ayat 79 

·       Anak-anak lembut hati and mengelak panas baran : Surah Al Anbiyaa – Ayat 69 dan Surah Al Hasyr – Ayat 22-24 

·       Anak-anak malas sekolah : Surah Toha ayat 1-5 

·       Ayat pendinding : Ayat akhir surah At Taubah 

·       Bagi anak-anak yg suka keluar malam : Surah Ar Ruum Ayat 31. Baca 33x 

·       Untuk jadi pendinding rumah : Surah Al Baqarah dibaca & tiup pada air dan spray keliling rumah

 

barang siapa yang hafal dan mengamalkan tujuh kalimah ini akan dimuliakan oleh Allah dan malaikat dan akan diampuni dosa-dosanya walau sebanyak buih di lautan..

 1.bismillahhirrahmannirrahim: pada tiap-tiap hendak melakukan sesuatu.

 2.alhamdulliah:pada tiap-tiap habis melakukan sesuatu.

 3.astagfirrullah:jika tersilap mengatakan sesuatu yang buruk.

4.insyaallah:jika ingin melakukan sesuatu pada masa akan datang.

 5.lahaulawalaquataillahbillah:bila tidak dapat melakukan sesuatu yang agak berat atau melihat sesuatu yang buruk.

 6.innalillah:jika menghadapi musibah atau melihat kematian.

 7.laailaahaillallah:bacalah sepanjang siang dan malam sebanyak-banyaknya.amalkanlah selalu moga-moga kita tergolong dikalangan orang yang terpilih oleh Allah.

Leave a Comment

Check out my Slide Show!

Leave a Comment

Keracunan Makanan Di Sekolah

Baru-baru ini isu keracunan makanan di sekolah seringkali diutarakan oleh pihak media. Kes terbaru sebuah sekolah di Pulau Pinang dan diikuti oleh Selangor di mana 36 orang pelajar dikejarkan ke hospital gara-gara keracunan makanan di sekolah. Menurut pelajar-pelajar terbabit, mereka mula berasa sakit perut dan muntah-muntah selepas makan di kantin pada waktu rehat. Tambah mereka lagi, sambal nasi lemak yang dimakan cair dan berasa masam.

Guru sekolah terbabit juga melaporkan bahawa kes keracunan kali ini merupakan kali kedua selepas ia berlaku ogos tahun lepas. Beliau juga memberitahu bahawa tender kantin tersebut merupakan tender yang sama dengan tahun lepas.

Apa yang menjadi kemusykilan, mengapa pihak sekolah tidak mengambil tindakan setelah apa yang berlaku pada tahun lepas sehingga perlu menunggu kejadian yang sama berulang lagi. Mengapa pengendali makanan terlalu cuai? Walaupun mereka mementingkan keuntungan, tetapi mereka juga mestilah memikirkan keadaan pembeli yang membeli makanan daripada mereka.

Comments (4)

Berusahalah jadi anak soleh

Comments (2)

Gelagat pelajar FPBU

Image Hosting by PictureTrail.comImage Hosting by PictureTrail.com

Korang tengoklah gelagat kanak-kanak riang ni. Semuanya dah tak sabar nak mulakan explorace…..macam-macam aksi dorang,kan?

Comments (4)

Ukhwah……

Ukhuwah itu bukan terletak pada pertemuan,
Bukan manisnya pada ucapan di bibir,
tapi terletak pada ingatan seseorang terhadap saudaranya di dalam doanya….
Imam Al-Ghazali

Leave a Comment

Senang ke Menjadi Seorang Wartawan?

 

Kerja sebagai wartawan bukan mudah. Pelbagai cara dilakukan untuk menemuramah dan mendapatkan berita. Pengalaman saya sendiri sewaktu mendapatkan berita pun membuatkan saya terpaksa bersabar dan berusaha mencari jalan untuk mendapatkan berita.

Kerja sebagai wartawan bukanlah semudah yang disangka. Terutama apabila orang ramai tidak memberikan kerjasama dan hanya mengatakan wartawan seorang yang busy body dan sanggup buat apa sahaja untuk dapatkan berita.

Tapi janganlah dilupakan bahawa tanpa wartawan kita ibarat katak di bawah tempurung yang tidak tahu apa-apa yang berlaku di sekeliling kita. 

Tapi kalau pengarah BPR Seremban sendiri mengatakan bahawa pelajar yang mengambil bidang kewartawanan layak bekerja sebagai pegawai BPR, ini bermakna kerjaya kewartawanan memang diperlukan dalam masyarakat kita.

Kita juga perlu sedar bahawa wartawan mempunyai kuasa untuk menjatuhkan atau menaikkan nama seseorang. Banyak contoh yang kita boleh lihat dan contoh paling jelas dapat tengok pada skandal Watergates dan sebagainya.

Tapi apa yang kita harapkan di Malaysia ini adalah agar wartawannya lebih telus dan tidak bersifat pilih kasih. Malah kita juga berharap agar wartawan melaporkan perkara yang sebenar, bukan berselindung terutama perkara-perkara yang melibatkan rasuah, skandal dan sebagainya.

Jadi diharapkan semua pihak dapat memberi kerjasama kepada wartawan terutamanya pelajar-pelajar yang bakal menjadi wartawan agar wartawan yang dihasilkan adalah wartawan yang beretika dan berjaya di mata dunia. Manakala wartawan pula perlulah menghargai kepercayaan yang diberikan masyarakat dengan memberikan maklumat yang benar tanpa memihak kepada sesiapa yang berkepentingan sahaja.

Comments (1)