Senang ke Menjadi Seorang Wartawan?

 

Kerja sebagai wartawan bukan mudah. Pelbagai cara dilakukan untuk menemuramah dan mendapatkan berita. Pengalaman saya sendiri sewaktu mendapatkan berita pun membuatkan saya terpaksa bersabar dan berusaha mencari jalan untuk mendapatkan berita.

Kerja sebagai wartawan bukanlah semudah yang disangka. Terutama apabila orang ramai tidak memberikan kerjasama dan hanya mengatakan wartawan seorang yang busy body dan sanggup buat apa sahaja untuk dapatkan berita.

Tapi janganlah dilupakan bahawa tanpa wartawan kita ibarat katak di bawah tempurung yang tidak tahu apa-apa yang berlaku di sekeliling kita. 

Tapi kalau pengarah BPR Seremban sendiri mengatakan bahawa pelajar yang mengambil bidang kewartawanan layak bekerja sebagai pegawai BPR, ini bermakna kerjaya kewartawanan memang diperlukan dalam masyarakat kita.

Kita juga perlu sedar bahawa wartawan mempunyai kuasa untuk menjatuhkan atau menaikkan nama seseorang. Banyak contoh yang kita boleh lihat dan contoh paling jelas dapat tengok pada skandal Watergates dan sebagainya.

Tapi apa yang kita harapkan di Malaysia ini adalah agar wartawannya lebih telus dan tidak bersifat pilih kasih. Malah kita juga berharap agar wartawan melaporkan perkara yang sebenar, bukan berselindung terutama perkara-perkara yang melibatkan rasuah, skandal dan sebagainya.

Jadi diharapkan semua pihak dapat memberi kerjasama kepada wartawan terutamanya pelajar-pelajar yang bakal menjadi wartawan agar wartawan yang dihasilkan adalah wartawan yang beretika dan berjaya di mata dunia. Manakala wartawan pula perlulah menghargai kepercayaan yang diberikan masyarakat dengan memberikan maklumat yang benar tanpa memihak kepada sesiapa yang berkepentingan sahaja.

1 Comment »

  1. Adzrah said

    Entri yg menarik, congrats. Keep on posting.

RSS feed for comments on this post · TrackBack URI

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: