Bas Punca Lewat

NILAI– Kekurangan dan kelewatan bas mengambil pelajar-pelajar USIM di kolej-kolej kediaman didakwa menjadi punca kelewatan mereka menghadiri kuliah.

     Menurut Norazizan Ahmad 23, salah seorang pelajar FPBU, bas yang tidak mencukupi menjadi penyebab kelewatan pelajar-pelajar ke kuliah. Tambahnya lagi, bas yang dinaiki terlalu sesak sehingga  pelajar terpaksa berdiri di pintu bas.

     “Masalah ini kian meruncing di Kolej Kediaman Nilam Court sejak mula kami berpindah ke kampus tetap. Ini berikutan jumlah bas yang sedikit tetapi terpaksa menampung pelajar dari dua buah kolej kediaman”, tambahnya.

     Menurut Nor Syahadah Yaziz, 22, bas memang merupakan faktor pelajar lewat ke kuliah.

     “Walaupun di Kolej Kediaman Desa Jati tidak menghadapi masalah kritikal, tetapi ada sesetengah pemandu bas yang tetap bergerak lambat dan berlengah ke kampus walaupun bas sudah penuh,” katanya.

     Menurut Mohd Shauqi A. Rahman, 21, bas lebih banyak berkumpul di kampus daripada mengambil pelajar-pelajar di kolej kediaman

     “Oleh sebab itulah bas di kolej kediaman selalu kurang,” ujarnya lagi.

     Menurut Yusuf Abu Bakar, 51, pemandu bas Sidek Canopy, pelajar lebih suka keluar pada waktu kritikal terutamanya waktu pagi.

     “Sekiranya kuliah bermula jam 8 pagi, hampir ke semua pelajar akan keluar pada jam 7.30 pagi. Jadi semua bas terpaksa bergerak serentak untuk menampung pelajar.

     “Sebab itulah pelajar-pelajar selalu mengatakan bas di kolej kediaman tidak mencukupi,” tegasnya.

     Menurut Azizul Rahman, 41, seorang lagi pemandu bas Sidek Canopy, punca pelajar lewat bukan disebabkan bas tidak mencukupi tetapi  kelewatan mereka keluar dari kolej kediaman untuk ke kampus.

     “Dua belas buah bas telah kami sediakan di kolej kediaman dan lapan daripadanya diperuntukkan untuk Kolej Kediaman Nilam Court dan Camellia Court,” tegasnya.

     Beliau menambah, bas telah disediakan bermula jam 6.40 pagi sehingga 12 tengahari bagi sesi pagi.

     “Pelajar sering keluar pada jam 8.40 pagi sekiranya kuliah mereka bermula jam 9 pagi. Inilah penyebab kelewatan mereka ke kuliah kerana perjalanan pergi akan mengambil masa lebih kurang 30 minit,” ujarnya lagi. 

    Azizul menasihatkan para pelajar supaya tidak merungut, sebaliknya mereka perlu berdisiplin dan cekap menyelesaikan masalah mereka.

 

 

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: