USIM Naib Johan Debat Kefahaman Islam

NILAI – Pasukan debat Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) berjaya menyandang gelaran Naib Johan Debat Kefahaman Islam anjuran Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) yang berlangsung di Dewan Besar IKIM, 8 Januari lalu. 

Pertandingan debat ini menemukan dua pasukan debat dari Universiti Malaya (UM) dan Universiti Sains Islam Malaysia. Pasukan debat USIM yang merupakan pihak pencadang bagi tajuk perdebatan “Malaysia Memerlukan Mufti Negara” telah mendapat 74.43 markah, kurang hanya beberapa mata daripada lawannya yang mendapat 74.86 markah.

Menurut seorang pendebat dari Universiti Sains Islam Malaysia, Ummu Umairah Azahari, 20, pasukan debat USIM terpaksa akur dengan kelebihan pasukan debat Universiti Malaya yang sudah biasa bertanding pada peringkat akhir serta berjaya memberi persembahan meyakinkan pada pertandingan kali ini.

“Oleh kerana ini pengalaman pertama kami sepasukan, Mohd Hariri Mohamad Daud, Mohd Zaini Othman dan Mohd Razlan Ahmad, kami berasa pengalaman ini sangat berharga lebih-lebih lagi apabila lawan kami merupakan Johan Debat IKIM pada tahun 2005.

“Apa yang paling membimbangkan kami sewaktu pertandingan itu diadakan adalah pihak hakim. Ini kerana tajuk perdebatan melibatkan mufti dan ia merupakan salah satu isu yang sensitif.

“Dalam pertandingan itu juga kami perlu memilih istilah-istilah yang sesuai untuk menyampaikan hujah kami agar tidak menyinggung hati mana-mana pihak,” katanya.

Menurutnya lagi, pertandingan debat IKIM agak berbeza berbanding pertandingan debat biasa, kerana dalam pertandingan debat ini tiada celahan yang dibenarkan. Walau bagaimanapun beliau menyatakan bahawa persembahan terbaik mereka bagi pertandingan debat kali ini adalah sewaktu pertandingan suku akhir yang menemukan pasukan USIM dengan pasukan dari Kolej Universiti Insaniah (KUIN) dengan tajuk perdebatan “Semakin Canggih Teknologi Semakin Manusia Tidak Sihat.”

Tambah beliau lagi, pertandingan ini merupakan satu-satunya pertandingan debat yang telah membawa nama universiti ke peringkat akhir sepanjang tahun 2007.

Menurut seorang lagi wakil pendebat USIM, Mohd Razlan Ahmad, 23, peluang untuk kedua-dua pasukan menjadi johan adalah sama walaupun tajuk perdebatan lebih memihak kepada pihak pembangkang. Malah mereka juga telah membuat persiapan dari mula pertandingan ini diadakan.

“Kami telah membuat persiapan rapi dan memberikan persembahan terbaik sewaktu pertandingan diadakan. Walaupun agak sedih, namun kami tetap bersyukur dan bangga lebih-lebih lagi apabila dapat memuaskan hati penonton dan pihak universiti,” katanya.

Beliau berterima kepada pihak universiti di atas sokongan padu yang diberikan sejak mereka mula bertanding dalam pertandingan debat ini sehinggalah ke peringkat akhir.

Dalam pertandingan ini, Johan telah menerima wang tunai sebanyak RM15,000, piala pusingan, buku terbitan Ikim dan sijil penghargaan manakala Naib Johan menerima wang tunai RM10,000, buku terbitan Ikim dan sijil penghargaan. Tempat ketiga disandang oleh Universiti Teknologi Malaysia dan keempat Universiti Islam Antarabangsa Malaysia.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: