Kanak-kanak di pasar malam

Sharlinie Mohd. Nashar, kanak-kanak berusia 5 tahun yang hilang lebih sebulan lalu sehingga kini masih menjadi tanda tanya di kalangan rakyat Malaysia apabila kehilangannya masih menjadi misteri dan belum dapat diselesaikan. Kanak-kanak yang masih belum tahu akan ilmu-ilmu dunia itu telah menjadi mangsa masyarakat yang tidak tahu membezakan antara perkara-perkara yang baik dan dilarang sama ada dari segi hukum dunia mahupun akhirat.

Walaupun pihak polis telah mengedarkan gambar-gambar Sharlinie di pintu-pintu sempadan negara dan lapangan terbang bagi menghalang penjenayah lolos dan memastikan mangsa tidak dibawa keluar dari negara ini, tapi sehingga kini khabar berita adik Sharlinie masih belum diperolehi.

Ibu bapa, bagaimanakah mereka menjaga dan memelihara anak-anak mereka agar tidak menjadi mangsa kerakusan manusia yang seterusnya? Beberapa hari lalu seorang wanita, pendengar radio era menceritakan kisah seorang kanak-kanak yang terpisah dengan bapanya ketika berada di pasar malam. Waktu kejadian kelihatan seorang lelaki berbangsa India sibuk bertanya kepada kanak-kanak tersebut mengenai bapanya dan cuba mencari bapa kanak-kanak tersebut.

Alangkah sedihnya apabila kanak-kanak tersebut ditemukan dengan  bapanya, si bapa tidak bersapa walau sepatah pun dengan lelaki India tersebut hatta ucapan terima kasih pun tidak keluar dari bibir si bapa itu. Sebaliknya bapa kepada kanak-kanak tersebut menghadiahkan satu jelingan kepada lelaki India tersebut.

Beginikah sikap ibu bapa masa kini? Membeli belah sehingga anak-anak terabai dan terbiar? Tidakkah kisah-kisah malang yang berlaku kepada adik Sharlinie dan Nurin Jazlin masih belum cukup memberi pengajaran kepada ibu bapa-ibu bapa di luar sana?

1 Comment »

  1. rozzuwanimohamad said

    dah tahu dah die tu kecik lagi sape suruh biar die pi sorang2????

RSS feed for comments on this post · TrackBack URI

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: