Keracunan Makanan Di Sekolah

Baru-baru ini isu keracunan makanan di sekolah seringkali diutarakan oleh pihak media. Kes terbaru sebuah sekolah di Pulau Pinang dan diikuti oleh Selangor di mana 36 orang pelajar dikejarkan ke hospital gara-gara keracunan makanan di sekolah. Menurut pelajar-pelajar terbabit, mereka mula berasa sakit perut dan muntah-muntah selepas makan di kantin pada waktu rehat. Tambah mereka lagi, sambal nasi lemak yang dimakan cair dan berasa masam.

Guru sekolah terbabit juga melaporkan bahawa kes keracunan kali ini merupakan kali kedua selepas ia berlaku ogos tahun lepas. Beliau juga memberitahu bahawa tender kantin tersebut merupakan tender yang sama dengan tahun lepas.

Apa yang menjadi kemusykilan, mengapa pihak sekolah tidak mengambil tindakan setelah apa yang berlaku pada tahun lepas sehingga perlu menunggu kejadian yang sama berulang lagi. Mengapa pengendali makanan terlalu cuai? Walaupun mereka mementingkan keuntungan, tetapi mereka juga mestilah memikirkan keadaan pembeli yang membeli makanan daripada mereka.

4 Comments »

  1. ayien86 said

    knapa akhir2 ni kes keracunan semakin mjd2? sapa yg harus dipersalahkan..

  2. rynhassan said

    salam..
    Langkah yang bijak untuk tangani masalah keracunan ni, bawa bekalan makanan dari rumah masing-masing..Bagi ibu bapa yang sibuk bekerja, oarang gaji pasti ambil alih tugas masak memasak ni..
    Bagi anda yang bakal jadi ibu, rajin-rajinlah siapkan sarapan pagi untuk anak anda hehehehehe

  3. rozzuwanimohamad said

    kesian kt student….selalu jd mangsa keadaan kan…xpatut kes cam ni berlaku kt student kan…di harap pihak yang bertanggungjawab perlu lah lebih prihatin supaya kes2 cam ni xberulang lagi…

  4. hamdi said

    setuju dengan rynhassan..

RSS feed for comments on this post · TrackBack URI

Leave a comment